Ya tepat sekali jawapan yang bermain difikiran kau.Aku memang sukar utk dijangka.Aku bukan seseorang utk dikenali.Aku bukan seseorg utk difahami.Aku bukanlah sesiapa.Aku tidak memerlukan simpati dan belas.Aku tiada apa yg nak dibanggakan.Dan berpijak aku di muka bumi ini bukan atas apa-apa kepentingan.
Dan apa yg pasti ialah aku bukan alat kawalan,aku bukan boneka.Aku bukan pak turut kepada makhluk bergelar manusia.Biarlah apa yg kau katakan.Aku tak peduli.Seolah-olah aku mempercayai 100% dari segala penipuan dan pendustaan itu akan tetapi aku adalah disebaliknya.
Kelahiran aku di dunia ni bukan untuk mengalah andaikata sekalipun aku terpaksa mengalah,aku tahu itulah kemenangan terbesar yg aku lakukan.Kalah bukannya satu pilihan dalam hidupku. Aku diam bukan bererti bodoh.Aku bukannya dungu.Aku bukan naif.Seboleh-boleh aku tidak mahu menjadi hipokrit.Ya aku tahu kita semua hipokrit.Paranoid di atas segala dosa lampau.Terpulanglah pada diri sendiri.Ya aku tahu masih banyak yg perlu aku pelajari.Masih banyak yang perlu aku lalui.Masih jauh perjalanan hidupku.Masih kecil umurku.Bgaimana pula jika kau cuba mempermainkan aku,kelihatan aku sungguh berminat utk permainan kau itu dan aku pula sebenarnya mempermainkan pula kau tanpa disedari.Aku akan bermain permainan yg kau cipta untuk menjatuhkan aku itu sebaik mungkin sehingga kau sendiri yg terperangkap dalam jerangkap samar yang kau letakkan.Dan akhirnya diri kau sendiri gagal dalam permainan ciptaan kau.
Bukan mudah kau untuk menipu aku selagi tuhan masih memberi aku kebolehan berfikir.Seolah-olah aku seorang yg lurus dan mengikut sahaja kata kau tapi adakah kau sendiri cukup mengenali diri kau?cukup mengetahui kemampuan kau? Aku tidak peduli kau siapa.Apa yg kau ada aku tidak peduli.Tiada satupun kerugian bagi kau utk kau tidak mengenaliku apatah lagi aku untuk mengenali kau.Siapa lebih kuat? Siapa lebih berkuasa? Atas status apa aku bercakap? Atas kuasa apa aku bercakap? Pangkat? Nama? Jika kau lontarkan pertanyaan ini sesama manusia atau makhluk-makhluk lain ciptaan NYA sudah tentu engkau sendiri mendukung beban bongkak hati yg busuk.Sesungguhnya tiada yg lebih berkuasa selain DIA yg maha berkuasa.Dan kebenaran adalah penentu segalanya.Dimana yang hak akan mengatasi segala yang batil.
KENAPA? kau takut pada kebenaran? apa yg perlu ditakuti jika mulut berkata benar selari dengan hati yg ikhlas?Tak perlulah berpura-pura.Tak perlulah kau fikirkan kepentingan.Tiada apa harta benda yg boleh dibawa mati.Tak perlu dibangga dengan apa yg kau ada di dunia ni.Bukalah mata lihatlah sebenar benar kebenaran.Lihatlah selagi engkau mempunyai peluang utk melihat.Selagi hati yg busuk dikendong badan,selagi itu kau akan buta.Jiwa kau sebenarnya yg dilitupi awan hitam yg
menebal.Penuh riak dan bangga dengan segala apa yg kau ada.Tetapi apa sebenarnya yg kau ada?? Ceritakan pada aku?
Aku tidak peduli.Atas segala kata-kata khianat itu bukan menjadi sebarang beban yang menjatuhkan aku.Dan jika kau ingin mencari masalah dengan aku,tidak apa.Kau minta dan aku senang hati menjawab “ kau akan dapat”,itu sahaja.Tetapi perlu diingat aku bukanla nya org yg akan kalah dalam kebodohan.Aku lebih rela mati dengan hati yg berjuang.Semangat aku yg tidak akan mengalah,biar dalam apa cara sekalipun.Atas setitis darah sahaja yang masih tinggal ditubuhku,selagi nafas masih di dada,aku tidak mengalah begitu sahaja.
Dan Engkau tentukan sendiri samada wajah sebenar kau di sebalik topeng atau topeng idi sebalik wajah kau ????????
0 comments:
Post a Comment